.

Saturday, 26 May 2007

SYARAT-SYARAT PENGIKLANAN

Jenis Iklan A:
Gambar iklan akan dipaparkan di sebelah kolum kanan dengan saiz pixel 206 X 302. Paparan ini sentiasa ada walaupun pengunjung memasuki ruang lain contohnya bahagian Galeri DPPKPP, paparan masih ada di sebelah kanan. Hanya ada 4 ruang iklan di tempat ini.Pengiklan paling awal akan berada di tempat paling atas. Hanya gambar sahaja akan dipaparkan setiap masa, segala maklumat perniagaan akan di link sebaik saja pengunjung klik gambar tersebut.
Caj iklan 6 bulan : RM 100 (HARGA PROMOSI)
Caj iklan 12 bulan: RM 150 (HARGA PROMOSI)

Jenis Iklan B:
Gambar dan maklumat perniagaan hanya dipapar setelah pengunjung klik ikon Iklan Perniagaan Permatang Pauh
(ikon seperti di bawah)

Perniagaan yang diiklankan akan dimasukkan di bawah jenis-jenis perniagaan yang telah ditetapkan.
Caj iklan 6 bulan : RM 30 (HARGA PROMOSI)
Caj iklan 12 bulan : RM 50 (HARGA PROMOSI )

Jenis C:
Pengiklanan barangan persendirian untuk dijual, contoh handphone, perabot terpakai dll.
Caj iklan 3 bulan(atau hingga dijual) : RM 10


BAGAIMANA NAK MENGIKLAN ?
1. Emel maklumat iklan beserta satu gambar/imej* perniagaan ataupun serahkan kembali borang iklan beserta sekeping gambar /kad perniagaan.
(emel: dppkpermatangpauh@gmail.com)Contoh maklumat perniagaan:· Jenama atau produk yang nak diiklankan· URL laman untuk di linkkan· Nama, alamat, no tel untuk dihubungi dan apa-apa maklumat yang perlu dimasukkan.· *gambar/imej yang dicadangkan dalam format gif atau jpg.
2. Setelah disahkan tentang pembayaran, iklan akan dipaparkan paling lewat 3 hari dari pembayaran dibuat.Jika terdapat sebarang kelewatan,pihak kami akan memaklumkan kepada pengiklan.
3. Pihak kami akan memberi notis tentang tamat tempoh iklan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum iklan tamat. Sekiranya pengiklan berminat meneruskan iklan tersebut, pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum tamat tempoh tersebut.
4. Jika berlaku sebarang gangguan terhadap laman BLOG ini ataupun pengiklan tidak berpuashati dalam tempoh 3 bulan selepas pengiklanan, pihak kami akan memulangkan balik sepenuhnya caj tersebut.

Catatan:
1. Hanya iklan-iklan bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh sahaja yang akan diterima.
2. Pihak kami tidak menerima Iklan-iklan yang bercanggah dengan syarak seperti pinjaman berunsur riba, skim cepat kaya, produk gelang magnet untuk lelaki dll.

HUBUNGI SEGERA :
KETUA LAJNAH ICT DPPKPP :

Sdr Mairag Hj Saad 016-4323101

BENDAHARI DPPKPP :

Sdr Muhamad Radzi A. Rashid 019-2112186